Kelihatan acik azmi kodai, azmi lantun, cikgu mutalib, acik Zul, acik akob dan acik nuar
Khemah sedang giat dipasang.
Khemah sedang giat dipasang.
Tarikh: 3 Mac, 2010
Hari: Rabu
Jam: 5.00 petang
'Majlis Berkayu Berakar' adalah satu majlis yang dijalankan sebagai persiapan sebelum menjelang kenduri besar atau 'berolek godang' yang akan dilaksanakan pada hari sabtu ini.
Pada hari ini semua ahli desa permai telah datang menghulurkan bantuan yang mana, Lelakinya mendirikan khemah memasak, menyediakan dapur dan tungku, tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat menyiang daging dan sebagainya
Perempuannya memilih antah, menyusun pinggan mangkuk, membuat wajik dan penganan yang akan dijadikan 'boko'. 'Boko' adalah keperluan pengantin yang akan 'menyembah' ke rumah mertua, rumah ibu saudaradan bapa saudara selepas selesai majlis kenduri nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan