Sabtu, 6 Mac 2010

Kemeriahan Majlis Kenduri
















Suasana Majlis Kenduri Dek Dang




Para penduduk desa permai serting tengah sedang sibuk menyusun dan menghidang sajian untuk santapan para tetamu.


Encik Azhar seisi keluarga bersedia untuk menyambut tetamu yang hadir.



Gotong royong mencuci pinggan mangkuk.
(Kelihatan Acik Bakar, Acik Ujang, Acik Mie Lantun, Acik Tapar serta krew-krew yang lain)




Jumaat, 5 Mac 2010

Persiapan Akhir Kenduri Dek Dang

Rombongan dari pengantin lelaki yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Akad Nikah. Dinikahkan oleh:


Tuan Imam Hj Jalil (Imam Masjid Kariah Serting Tengah,

Saksi 1 - Ustaz Jefri (Pengerusi Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah) dan

Saksi 2 - Ustaz Mazlan

Datuk kepada pengantin perempuan dan tetamu yang hadir bersama-sama meraikan majlis akad nikah.



Perkhidmatan Karaoke yang didatangi khas dari Bahau. Jika anda berminat untuk menempah sila hubungi Encik Yusof Sulaiman 06-4542250 Tmn Tuanku Puan Chik, Bahau.








Seekor Lembu dan kambing yang akan dikorbankan bagi persiapan jamuan tetamu dan jemputan yang hadir kelak.


































Persiapan Majlis Kenduri Encik Zahar (Dik Dang)











Penduduk Desa Permai Serting Tengah sedang bergotong royong melapah, memasak dan melaksanakan tugasan bagi persiapan majlis kenduri.
Tarikh: 5 Mac, 2010
Hari: Jumaat
Jam: 3.00 petang




Memupuk nilai kejiranan

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu lagi dan melaksanakan tanggungjawab dan memupuk nilai kejiranan apabila kita bersama-sama berganding bahu menggembeling tenaga dan kepakaran masing-masing semasa dan sepanjang majlis kenduri di rumah Encik Azhar (Dik Dang)

Jelas terpancar kelihatan di wajah tuan rumah dan seluruh sanak saudara apabila melihat kerjasama yang erat antara kita.

Sesungguhnya segala usaha kita akan menjadi tauladan anak-anak kita kelak.

Rabu, 3 Mac 2010

Majlis Berkayu Berakar di Teratak Encik Zahar (Dik Dang)

Kelihatan acik azmi kodai, azmi lantun, cikgu mutalib, acik Zul, acik akob dan acik nuar



Khemah sedang giat dipasang.


Tarikh: 3 Mac, 2010



Hari: Rabu



Jam: 5.00 petang






'Majlis Berkayu Berakar' adalah satu majlis yang dijalankan sebagai persiapan sebelum menjelang kenduri besar atau 'berolek godang' yang akan dilaksanakan pada hari sabtu ini.






Pada hari ini semua ahli desa permai telah datang menghulurkan bantuan yang mana, Lelakinya mendirikan khemah memasak, menyediakan dapur dan tungku, tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat menyiang daging dan sebagainya






Perempuannya memilih antah, menyusun pinggan mangkuk, membuat wajik dan penganan yang akan dijadikan 'boko'. 'Boko' adalah keperluan pengantin yang akan 'menyembah' ke rumah mertua, rumah ibu saudaradan bapa saudara selepas selesai majlis kenduri nanti.

Isnin, 1 Mac 2010

Memori Kenduri Rumah Cikgu Abas







Cikgu Abas serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga penduduk desa permai serting tengah kerana hadir dan membantu beliau melaksanakan majlis kenduri mereka.

Majlis Berkampung Rumah En Zahar




Tarikh: 28 Februari, 2010 (Ahad)


Masa: Jam 4 petang


Tempat: Di rumah Encik Zahar (Dik Dang)


Pengacara Majlis: Cikgu Jijoi


Pengerusi Majlis Berkampung: Ustaz Jefri, Pengerusi Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah
Kehadiran: Para penduduk Desa Permai Serting Tengah dan Rumah Rakyat Serting Tengah