Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak jawatankuasa Taman Desa Permai Serting Tengah mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada seluruh warga penduduk dan ahli badan kebajikan desa permai serting tengah.

Rabu, 23 Jun 2010

Hebahan Majlis Tahlil dan Yassin Rumah Puan Darimah

Kepada semua penduduk dan ahli badan kebajikan Taman Desa Permai Serting Tengah dijemput untuk hadir bersama-sama ke Majlis Tahlil dan Yassin di;
Rumah Puan Darimah
Pada: 10 Julai, 2010
Hari: Sabtu
Jam: 8.00 malam

Papan Tanda Desa Permai Serting Tengah


Taman Desa Permai Serting Tengah

72200 Batu Kikir,

Negeri Sembilan.

Jumaat, 4 Jun 2010

Kenduri Rumah Abang Mustafa

Pasangan mempelai bersanding selepas majlis akad nikah
Puan Masrizayu Mustafa
dan pasangan
Encik Zafid bin Mohd Noh.
Seluruh warga Desa Permai Serting Tengah mendoakan agar pasangan bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Barisan penduduk dan ajk taman sedang bertungkus lumus berganding bahu bersama bergotong royong membantu tuan rumah menjayakan majlis perkahwinan anakanda En Mustafa.









Tarikh: 4hb. Jun, 2010




Masa akad nikah: 4.45 petang




Tempat: Desa Permai Serting Tengah




Juru nikah: Tuan Imam Jalil, Saksi: Ustaz Jefry dan Ustaz Mazlan

Isnin, 26 April 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG

Merujuk kepada surat Badan Kebajikan Am Desa Permai Serting Tengah, Ruj: Bil (3) BKADPST/2010 bertarikh 20.4.2010 telah memberi notis berkenaan dengan mesyuarat agung badan kebajikan am desa permai serting tengah.

Oleh itu kami ingin menjemput tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat ini pada ketetapan berikut:

tarikh: 1hb. Mei, 2010
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai Serting Tengah

ATURCARA MAJLIS
  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Bacaan Doa
  3. Ucapan Pengerusi BKADPST
  4. Ucapan perasmian oleh En Rahman bin Ludin, Pengerusi JKKK Serting Tengah
  5. Penyampaian Cenderahati dan Jamuan

AGENDA MESYUARAT

  1. Ucapan pengerusi mesyuarat
  2. pembentangan minit mesyuarat yang lalu
  3. membentang dan menerima laporan tahunan
  4. membentang dan menerima penyata kewangan
  5. pemilihan AJK yang baru
  6. membentang usul
  7. ucapan penangguhan

Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris

MAKLUMAN KEPADA WARGA DESA PERMAI SERTING TENGAH

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris untuk anak-anak warga desa permai serting tengah telah dilaksanakan untuk membantu anak-anak bagi meningkatkan pencapaian dan kemahiran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

Yang berminat dan pertanyaan kepada;

PUAN RAHIMAH 013-3775409

Sabtu, 6 Mac 2010

Kemeriahan Majlis Kenduri
















Suasana Majlis Kenduri Dek Dang




Para penduduk desa permai serting tengah sedang sibuk menyusun dan menghidang sajian untuk santapan para tetamu.


Encik Azhar seisi keluarga bersedia untuk menyambut tetamu yang hadir.



Gotong royong mencuci pinggan mangkuk.
(Kelihatan Acik Bakar, Acik Ujang, Acik Mie Lantun, Acik Tapar serta krew-krew yang lain)




Jumaat, 5 Mac 2010

Persiapan Akhir Kenduri Dek Dang

Rombongan dari pengantin lelaki yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Akad Nikah. Dinikahkan oleh:


Tuan Imam Hj Jalil (Imam Masjid Kariah Serting Tengah,

Saksi 1 - Ustaz Jefri (Pengerusi Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah) dan

Saksi 2 - Ustaz Mazlan

Datuk kepada pengantin perempuan dan tetamu yang hadir bersama-sama meraikan majlis akad nikah.



Perkhidmatan Karaoke yang didatangi khas dari Bahau. Jika anda berminat untuk menempah sila hubungi Encik Yusof Sulaiman 06-4542250 Tmn Tuanku Puan Chik, Bahau.








Seekor Lembu dan kambing yang akan dikorbankan bagi persiapan jamuan tetamu dan jemputan yang hadir kelak.


































Persiapan Majlis Kenduri Encik Zahar (Dik Dang)











Penduduk Desa Permai Serting Tengah sedang bergotong royong melapah, memasak dan melaksanakan tugasan bagi persiapan majlis kenduri.
Tarikh: 5 Mac, 2010
Hari: Jumaat
Jam: 3.00 petang




Memupuk nilai kejiranan

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu lagi dan melaksanakan tanggungjawab dan memupuk nilai kejiranan apabila kita bersama-sama berganding bahu menggembeling tenaga dan kepakaran masing-masing semasa dan sepanjang majlis kenduri di rumah Encik Azhar (Dik Dang)

Jelas terpancar kelihatan di wajah tuan rumah dan seluruh sanak saudara apabila melihat kerjasama yang erat antara kita.

Sesungguhnya segala usaha kita akan menjadi tauladan anak-anak kita kelak.

Rabu, 3 Mac 2010

Majlis Berkayu Berakar di Teratak Encik Zahar (Dik Dang)

Kelihatan acik azmi kodai, azmi lantun, cikgu mutalib, acik Zul, acik akob dan acik nuar



Khemah sedang giat dipasang.


Tarikh: 3 Mac, 2010



Hari: Rabu



Jam: 5.00 petang






'Majlis Berkayu Berakar' adalah satu majlis yang dijalankan sebagai persiapan sebelum menjelang kenduri besar atau 'berolek godang' yang akan dilaksanakan pada hari sabtu ini.






Pada hari ini semua ahli desa permai telah datang menghulurkan bantuan yang mana, Lelakinya mendirikan khemah memasak, menyediakan dapur dan tungku, tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat menyiang daging dan sebagainya






Perempuannya memilih antah, menyusun pinggan mangkuk, membuat wajik dan penganan yang akan dijadikan 'boko'. 'Boko' adalah keperluan pengantin yang akan 'menyembah' ke rumah mertua, rumah ibu saudaradan bapa saudara selepas selesai majlis kenduri nanti.

Isnin, 1 Mac 2010

Memori Kenduri Rumah Cikgu Abas







Cikgu Abas serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga penduduk desa permai serting tengah kerana hadir dan membantu beliau melaksanakan majlis kenduri mereka.

Majlis Berkampung Rumah En Zahar




Tarikh: 28 Februari, 2010 (Ahad)


Masa: Jam 4 petang


Tempat: Di rumah Encik Zahar (Dik Dang)


Pengacara Majlis: Cikgu Jijoi


Pengerusi Majlis Berkampung: Ustaz Jefri, Pengerusi Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah
Kehadiran: Para penduduk Desa Permai Serting Tengah dan Rumah Rakyat Serting Tengah

Ahad, 7 Februari 2010

Memori Kenduri Rumah Salleh Rajo




Tarikh: 6 Februari, 2010


Hari: Sabtu


Masa: 11.30 pagi




Ramai tetamu yang sempat hadir ke majlis tersebut.




Tuan Rumah mengucapkan terima kasih dan mengadakan jamuan yang enak tengahari tu.






Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan baik ini.


GOTONG ROYONG




aCIK aKOB, ACIK NUAR, ACIK OTAI, ACIK CILOK DAN KENGKAWAN DIO SEDANG SIBUK MELAKUKAN KERJA AMAL.

Kenduri Minggu Depan Rumah Cikgu Abas

Perhatian kepada warga penduduk dan Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah bahawa Cikgu Abas dan Isteri sekarang sedang sibuk menjemput ('mengajak') seluruh penduduk desa permai untuk datang ke terataknya pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 13 Februari, 2010
Jam: 8.00 malam

Agenda;

8.00 malam - ketibaan jemputan

8.10 malam - ucapan pengerusi

8.20 malam - bacaan yassin dan doa selamat

9.00 malam - jamuan (lauk kari kambing)

JEMPUTAN UNTUK SEISI KELUARGA KE RUMAH CIKGU ABAS.

Selamat Bertemu.........

Kepada penduduk dan Badan Kebajikan Desa Permai Serting Tengah Batu Kikir Negeri Sembilan, kita telah maju setapak lagi dengan wujudnya blog ini.

Maka segala maklumat dan info baru anda boleh dapatkan di sini.

Teruskan mengikuti blog ini.

terima kasih.