Jumaat, 9 Januari 2015

Ceria 2015

Dengan kehadiran 2015, sama-sama kita doakan agar akan membawa sinar baru, kita lebih ceria dan sentiasa berada dalam lindungan allah.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak jawatankuasa Taman Desa Permai Serting Tengah mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada seluruh warga penduduk dan ahli badan kebajikan desa permai serting tengah.

Rabu, 23 Jun 2010

Hebahan Majlis Tahlil dan Yassin Rumah Puan Darimah

Kepada semua penduduk dan ahli badan kebajikan Taman Desa Permai Serting Tengah dijemput untuk hadir bersama-sama ke Majlis Tahlil dan Yassin di;
Rumah Puan Darimah
Pada: 10 Julai, 2010
Hari: Sabtu
Jam: 8.00 malam

Papan Tanda Desa Permai Serting Tengah


Taman Desa Permai Serting Tengah

72200 Batu Kikir,

Negeri Sembilan.

Jumaat, 4 Jun 2010

Kenduri Rumah Abang Mustafa

Pasangan mempelai bersanding selepas majlis akad nikah
Puan Masrizayu Mustafa
dan pasangan
Encik Zafid bin Mohd Noh.
Seluruh warga Desa Permai Serting Tengah mendoakan agar pasangan bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Barisan penduduk dan ajk taman sedang bertungkus lumus berganding bahu bersama bergotong royong membantu tuan rumah menjayakan majlis perkahwinan anakanda En Mustafa.









Tarikh: 4hb. Jun, 2010




Masa akad nikah: 4.45 petang




Tempat: Desa Permai Serting Tengah




Juru nikah: Tuan Imam Jalil, Saksi: Ustaz Jefry dan Ustaz Mazlan

Isnin, 26 April 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG

Merujuk kepada surat Badan Kebajikan Am Desa Permai Serting Tengah, Ruj: Bil (3) BKADPST/2010 bertarikh 20.4.2010 telah memberi notis berkenaan dengan mesyuarat agung badan kebajikan am desa permai serting tengah.

Oleh itu kami ingin menjemput tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat ini pada ketetapan berikut:

tarikh: 1hb. Mei, 2010
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai Serting Tengah

ATURCARA MAJLIS
  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Bacaan Doa
  3. Ucapan Pengerusi BKADPST
  4. Ucapan perasmian oleh En Rahman bin Ludin, Pengerusi JKKK Serting Tengah
  5. Penyampaian Cenderahati dan Jamuan

AGENDA MESYUARAT

  1. Ucapan pengerusi mesyuarat
  2. pembentangan minit mesyuarat yang lalu
  3. membentang dan menerima laporan tahunan
  4. membentang dan menerima penyata kewangan
  5. pemilihan AJK yang baru
  6. membentang usul
  7. ucapan penangguhan

Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris

MAKLUMAN KEPADA WARGA DESA PERMAI SERTING TENGAH

Kelas Tambahan Bahasa Inggeris untuk anak-anak warga desa permai serting tengah telah dilaksanakan untuk membantu anak-anak bagi meningkatkan pencapaian dan kemahiran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

Yang berminat dan pertanyaan kepada;

PUAN RAHIMAH 013-3775409